Cuba lah !

Sunday 24 April 2016

5 minggu lewat comeback dari Sanchez, Arsenal perlu tunggu setahun.



**********************

Ya ya, abang tau. Sanchez ni dah lama baik dari cedera dan main awal2 aritu tapi dia agak malap dalam 11 perlawanan terakhirnya apabila dia langsung tak dapat menjaringkan gol dalam 11 perlawanan terakhir. 5 perlawanan liga pertama dia lepas baik dari cedera pun dia agak malap. Tanpa sebarang jaringan dan mutu permainan yang agak buruk. Semua tahu Arsenal bukan pasukan yang mengharapkan striker yang menjaringkan gol semata2 lebih2 lagi bila striker yang ada mempunyai profession yang lain iaitu cuba menjadi Torres yang baru.

Tapi 6 gol dalam 6 perlawanan terakhir dan 4 perlawanan berturut2 menjaringkan gol tanda Sanchez hampir kembali ke prestasi sebenar. Dikala rata2 player Arsenal tampak sudah berputus asa dalam perlawanan2 terakhir, kita boleh nampak dia begitu semangat bermain.

Malang untuk Arsenal, disaat kita memerlukan gol, disaat striker lebih sekadar nama, Sanchez pun ikut off  form. Paling teruk apabila 4 perlawanan tanpa menang dan 3 perlawanan tanpa gol terus menendang Arsenal keluar dari saingan liga (walaupun matematiknya masih boleh tapi agak mustahil).

"Kami akan memenangi liga", "Ozil akan assist Wenger untuk kejuaraan BPL" adalah pekikkan2 peminat Arsenal yang optimis tak bertempat selepas Arsenal menjadi pengemudi liga sejurus berlabuhnya tahun 2015. Agak malang 3 bulan selepas itu, pagi abang agak berbeza, zikirnya agak berbeza. Dahulu zikirnya lebih enak kini lebih benak apabila peminat mula mengkritik Wenger dan pemain, mula bosan dengan Arsenal dan paling trending adalah kalimah "Wenger out", " Giroud kayu", "Mertersacker slow" menjadi zikir paling hebat dijari2 pengkritik alam maya yang tidak bersijil.

Oh Sanchez. Jika awak comeback lebih awal, pastinya Arsenal kini sedang mengemudi liga atau paling bodoh2 bahasa pasarnya _atleast_ sedang berada dalam saingan merebut kejuaraan liga.

Kini ada seorang lagi player Arsenal yang masih tercari2 jalan comeback tetapi masih hilang dari radar. Dengar cerita dia dikatakan sosok yang boleh memadamkan rekod assist King Henry dalam perlawanan liga semusim, tapi kini tampak sukar. Kita doakan dia jumpa jalan itu walau dilengannya ade tattoo "only god can judge me".

#Komrad_M

Sunday 21 February 2016

Mitos Agung Ganja/Marijuana?

GANJA / MARIJUANA/CANNABIS BOLEH RAWAT KANSER ??

Saya bertemu dengan banyak posting dari pengguna-pengguna facebook dan media sosial yang mendakwa ganja ataupun cannabis boleh merawat kanser. Adakah benar dakwaan tersebut? Sila baca fakta-fakta yang saya kumpulkan di bawah.
Berikut adalah fakta-fakta berkenaan dengan ganja/marijuana/cannabis dan kanser berdasarkan kepada bukti kajian saintifik yang ada setakat hari ini (3.2.2016):

1. Ganja juga dikenali sebagai marijuana ataupuncannabis
2. Bahan aktif yang terdapat di dalam ganja dikenali sebagai Cannabinoids, terdapat banyak jenis cannabinoid dan yang terpenting adalah THC danCBD.
3. Pokok ganja ada banyak spesis dan setiap spesis mengandungi kuantiti Cannabinoids yang berbeza2.
4. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cannabinoid di dalam daun ganja telah meningkat dari 1-4% pada masa dahulu kepada 7% pada hari ini.
5. TIDAK ada mana-mana Pertubuhan Kanser, Institut Kanser dan lain-lain badan2 antarabangsa termasuk FDA yang mengiktiraf cannabinoid sebagai agent anti-kanser. Salah sebuah pertubuhan kanser adalah American Cancer Society (ACS), sila klik pada paparan ini untuk membaca pendirian ACS mengenai Marijuana dan Kanser.
6. TIDAK ada mana-mana Pakar Kanser (Oncologist) di dunia yang mengiktiraf dan menggunakan cannabinoid untuk merawat kanser di dalam amalan klinikal mereka (selain dari untuk tujuan kajian).
7. Bukti cannabinoid sebagai agen anti-kanser hanya ditemui oleh kajian ke atas tikus dan setakat ini belum ada kajian besar ke atas manusia. Kajian ke atas manusia baru di peringkat fasa 1, itupun melibatkan beberapa orang pesakit sahaja.Is hanya dikategorikan sebagai "substance with POTENTIAL anti-cancer activity" (hanya berpotensi, itupun jika cannabinoid di ekstrak dan ditentukan kuantitinya, BUKAN dengan makan/minum/hisap rokok/daun ganja).
8. Setakat ini hanya 2 jenis cannabinoid yang diekstrak ataupun yang dihasilkan secara sintetik DILULUSKAN untuk kegunaan sebagai ubat iaitu Dronabinol dan Nabilone tetapi hanya untuk kegunaan mengurangkan kesan samping ubat kemoterapi iaitu loya dan muntah.
9. Cannabinoids yang terkandung di dalam ganja/cannabis/marijuana jika diambil tanpa kawalan boleh menyebabkan seribu satu komplikasi kesihatan kepada manusia seperti kadar denyutan jantung yang cepat (org sakit jantung boleh mati serta merta), tekanan darah rendah, pening, pitam, halusinasi, sakit jiwa, perasaan ingin membunuh diri, pada lelaki menyebabkan kurang sperma, kemandulan dan KETAGIHAN. Pendek kata ketagihan ganja/cannabis/marijuana adalah penyebab masalah kesihatan dan juga sosial yang sangat serius lebih-lebih lagi jika ianya diambil pada usia muda sebab ketagihan ganja sangat sukar dipulihkan.
10. Kesan Cannabinoid adalah lebih cepat jika diambil di dalam bentuk wap atau asap berbanding dengan dimakan. Ganja/marijuana/cannabis yang diambil di dalam bentuk wap boleh masuk ke dalam aliran darah dan sampai ke otak dengan lebih pantas, jadi kesan sampingnya lebih serius. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai risiko mengambil marijuana,sila klik paparan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesan samping ganja/marijuana/cannabis ke atas badan manusia sila layari laman web di bawah ini.

Link American Cancer Society on Marijuana and Cancer

Link risk of marijuana

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Kanser Ginekologi
Unit Ginekologi Onkologi
Jabatan O&G
Hospital Sultanah Bahiyah

Copy dari sini

Friday 12 February 2016

Ramai tidak tahu setiap tiket lebuhraya telah disertakan dengan lindungan Insurans.

Ramai tidak tahu setiap tiket lebuhraya telah disertakan dengan lindungan Insurans.




Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini? 
Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya yang kita gunakan di negara kita dilindungi Insurans 

Sebagai contoh :

Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll). Kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan.

Bagaimana caranya :

□ Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan).

□ Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda.

□ Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre).
Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar. Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan.

□ Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek(punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai didalam resit (claim).

Sekian, Assalammualaikum

Tuesday 26 January 2016

Giroud dari kayu ke hero?


Pemilihan Walcott kesilapan Wenger?



Bermain 10 orang menentang pasukan seperti Chelsea bukanlah tugas mudah. Dengan 11 orang pun kita terlalu sukar menentang Chelsea, apetah lagi 10 orang.

Ramai yang marah Wenger sebab memilih untuk mengeluarkan Giroud berbanding Walcott (kalaulah Walcott perform malam tu, takkan jadi isu ni). Sifir mudahnya, abang juga akan melakukan perkara yang sama jika abang di tempat Wenger.

Sebab apa?

1, Giroud adalah top striker. Fungsinya lebih kepada towering striker dan target man di Arsenal. Dia juga lebih banyak menjaringkan gol secara heading dan "tap in". Kebanyakan masa dia akan stay dalam opponent half.

2, Walcott bukanlah striker sejati seperti Giroud. Seperti Alexis, Walcott perlu menyerang dan bertahan serentak. Lihat bila Arsenal diserang, pemain yang bertindak sebagai right wing foward dan left wing foward (Alexis, Campbell, Ox dan Walcott) akan turun membantu right back dan left back. Dalam situasi bermain dengan 10 orang kerana kehilangan seorang defender, pemain serangan yang mampu bertahan dan menyerang pantas memang amat berguna.

3, Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan oleh sebuah team yang kehilangan seorang defender dan bermain dengan 10 orang. Secara fitrahnya, setiap manager pasti akan menggunakan prinsip "bertahan dan serangan balas pantas" jika berdepan situasi sebegini. Kepantasan atau pace sinonim dengan Walcott, kerana itu abang rasa Wenger gamble mengeluarkan Giroud berbanding Walcott.

Akhir sekali, abang tak rasa punca kekalahan Arsenal kepada Chelsea adalah kerana faktor Giroud-Walcott atau bermain 10 orang. Betul, 10 orang memainkan peranan utama kekalahan, tetapi mental pemain Arsenal untuk perlawanan sebesar London Derby itu sangat cukup. Mereka tidak bersedia dan gugup. Arsenal diserang seawal minit pertama. Gugup bermain dan takut memegang bola. Adekah Arsenal bermain seperti ketika Arsenal menentang City dan Man Utd tempoh hari? Jawapannya tidak. Kita memulakan perlawanan seolah takut sangat kepada Chelsea. Kesilapan paling utama adalah kita terlalu menghormati Chelsea. Arsenal biarkan pemain Chelsea bergerak bebas, membiarkan mereka menyerang dan midfield Arsenal seolah tidak berfungsi. Benar Walcott tidak perform malam tu. Tapi adekah Ozil, Ramsey dan Campbell juga perform? Ozil kembali ke tabiat lamanya, terlalu lembik dari segi mental dan fizikal.

Bolehkah menang jika bermain seperti itu? Masih ingat Arsenal hampir sahaja dimalukan Liverpool dan Spurs di Emirates kerana memulakan perlawanan dengan gugup? Ketika berdepan situasi menentang pasukan sehebat Chelsea ketila takhta liga telah dirampas oleh Leicester, kekuatan mental adalah tunjang utama . Sekian.

Assalammualaikum.

#LawanTetapLawan

- #Komrad_M

Sunday 27 December 2015

Arsenal lauk? Maaf kami tak dapat dengar ejekan dari atas.

"Tewas 4-0 kepada Southampton? Ini bukan Arsenal !"

Salam 4 - 0

Agaknya itu yang bermain di hati para pencinta bola sepak selepas mengetahui pasukan sehebat Arsenal teruk dibelasah oleh pasukan kendalian Koeman pagi tadi dalam perlawanan boxing day pagi tadi.

Kekalahan itu secara tidak langsung seperti memberi suntikan dadah kepada sesetengah penyokong Liverpool dan Chelsea apabila mereka buas mengejek Arsenal atas kekalahan itu. Iyalah, sudah lama mereka memendam rasa, sekali sekala bagilah mereka peluang meluahkan perasaan yang lama terbuku di dada. Malangnya ejekan mereka tidak sampai ke telinga para pendukung Gunners kerana jeritan mereka di bawah tidak dapat didengari Arsenal yang jauh berada di kelompok atasan liga.

Title BPL masih dalam radar

Cukuplah dengan hal remeh tu, sebagai peminat Arsenal yang rata-ratanya mempunyai visi yang tinggi, mari kita imbas kembali pasal perlawanan pagi tadi.


Salah dalam pemilihan barisan pemain ?

Jika dilihat kembali, barisan pemain semalam adalah barisan yang sama yang menewaskan Man City di Emirates Selasa lepas. Jadi agak berat untuk menyalahkan Wenger atas pemilihan pemain.


Faktor kepenatan ?

Mungkin juga kerana Arsenal baru sahaja melalui perlawanan penting menentang City yang agak lewat jadualnya iaitu pada pagi Selasa sedangkan kebanyakan pasukan lain telah bermain 2 atau sehari sebelum. Lihat Koscielny. Beberapa kali dia ditinggalkan oleh Shane Long dalam larian. Agak jarang melihat Koscielny ditinggalkan dalam situasi begitu.


Tapi kenapa Man City perform? Mereka juga bermain lewat.

Inilah beza Arsenal dan City. Arsenal memang power, tapi kekurangan sumber yang baik dalam barisan kedua pasukan. Berbeza dengan Man City, jika Sterling cedera, dia masih boleh digantikan dengan Navas, Nasri atau Delph yang kesemuanya adalah pemain yang bagus. Jika Kompany cedera, mereka masih ada Demichelis atau Mangala yang keduanya adalah world class. Bukan menafikan barisan pemain Arsenal, tapi itulah hakikatnya. Tambahan pula Alexis, Welbeck, Rosicky, Coquelin dan Cazorla yang masih cedera, adalah sukar untuk mengamalkan rotation player system dan secara tak langsung akan menyebabkan player Arsenal fatigue .


Badi menentang Soton?

Ini paling menyakitkan hati. Pelik jugak. Mana tah silapnya. Di ambang Soton yang sangat tidak konsisten. Kalah dalam 4 dari 5 perlawanan akhir mereka tapi mereka masih mampu menang 4 - 0 pagi tadi.


Giroud, Ramsey, Walcott yang agak sejuk semalam.

Jika dilihat balik, Giroud boleh dikatakan hampir langsung tiada melakukan serangan berbahaya kepada Stekelenburg. Dia juga seolah2 lost berdepan disiplin pertahanan kental Van Dijk dan Fonte.

sorry guys

Ramsey semalam sangat merepek di bahagian tengah. Maaf agak kasar, ia bukan merujuk kepada setiap perlawanan, tapi pada perlawanan semalam dia sangat tidak berfungsi. Wanyama betul-betul menjalankan tugas sebagai holding midfielder dengan baik. Bukan sahaja Ramsey, Ozil juga dilihat sukar bergerak. Begitu juga dengan Walcott, adekalanya kelihatan dia agak kelam kabut semalam. Namun dia juga berjaya melepaskan beberapa serangan on target ke gawang Southmapton cuma kurang power.

I will do better next time

"Jauh lagi trofi BPL ni. Susah jugak" - mungkin ini yang bermain di fikiran Ozil


Jangan bersedih sangat. Sabar, mungkin telinga akan merah hanya untuk sehari setengah. Sebab kita akan melayan Bournamouth pada pagi Rabu. Itulah peluang terbaik untuk Wenger & Co. Tebus balik. Perlawanan itu juga sangat penting kerana Leicester dan Man City akan bertemu sesama sendiri sebelum itu. Jika Leicester kalah atau seri, maka Arsenal akan mengungguli liga untuk penutup tahun 2015. Doakan mereka seri untuk kebahagiaan kita bersama.

Tak percaya? Teruskan percaya. Abang sering beranggapan This year is our year (pinjam ayat budak Liverpool). keyakinan Arsenal menjulang Trofi BPL agak tinggi musim ini. Memandangkan prestasi Chelsea dan Man Utd yang agak merudum dan Man City yangn agak tidak konsisten pada musim ini, inilah masa terbaik untuk Arsenal menjulang Trofi BPL setelah kali terakhir dijulang Wenger, Viera dan Henry pada 10 tahun lepas.

Salam
#Komrad_M

Wednesday 25 November 2015

Jika Arsenal dan Olympiakos sama mata, siapa yang akan layak ke 16 terakhir UCL?

Assalammualaikum.

Abang nampak, ramai gooners masih belum faham tentang status di akhir pelawanan peringkat kumpulan Arsenal dan Olympiakos , jika mata kedua2 pasukan terikat sama, siapa yang akan mara ke peringkat 16 terakhir? Macam2 komen abang naca kat fb, ade komen yang membodohkan Gooner lain. Ade pulak yang bergaduh sesama sendiri tentang hal remeh ini.

Jangan risau, abang hadir sebagai jawapan untuk permasalahan ini.


****************************************


Real mengungguli La Liga musim 2006-2007

Jangan ingat setiap liga mempunyai rule yang sama. Barclays English Premier League berbeza dengan La Liga , begitu juga di Champions League. Di BPL, kedudukan akan memihak kepada pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak jika terdapat 2 pasukan berkongsi dengan mata yang sama. Berbeza dengan La Liga , format di sana ialah berdasarkan head to head rekod. Jika ada 2 pasukan terikat mata setelah mengharungi 38 perlawanan liga, rekod head to head akan diambil kira. Masih ingat bagaimana Real Madrid memenangi La Liga pada musim 2006-2007 walaupun berkongsi jumlah mata yang sama dengan Barcelona dan tewas dari segi rekod perbezaan gol? Itu lah contoh terbaik format head to head untuk difahami


Rekod pertemuan musim itu, Real Madrid menang 2-0 di Barnebeu dan seri 3-3 di Camp Nou. Walaupun Real kalah dari segi jumlah kesuluruhan jaringan gol dalam liga, mereka tetap merangkul Trofi La Liga kerana Persatuan Bola Sepak Sepanyol menggunakan format head to head untuk liga di sana.

Jadi siapa yang akan layak jika Arsenal dan Olympiakos kekal terikat dengan 9 mata di akhir perlawanan peringkat kumpulan UCL nanti? Ok, cube korang fahamkan gambar bawah ni.



Oleh kerana Arsenal tewas 2-3 di Emirates kepada Olympiakos tempoh hari, tiada alasan lain melainkan Arsenal WAJIB menang dengan perbezaan 2 gol di laman Olympiakos nanti. Bolehkah Arsenal mara ke 16 terakhir jika hanya menang dengan kelebihan 1 gol? Kalau ade kawan kau cakap tak boleh, kau tampar dia. Ya, Arsenal boleh menang dengan defisit 1 gol DENGAN SYARAT mereka telah menjaringkan 3 gol seperti menang 3-2 atau 4-3 atau 5-4 atau 10-9 sekalipun. Sebab mengikut peraturan head to head, jika mereka terikat mata dan rekod head to head juga masih sama, jumlah jaringan gol dalam seluruh perlawanan diambil kira. Sekian. #LawanTetapLawan

Sunday 8 November 2015

Rival Arsenal dan Spurs : Persengketaan ratusan tahun di Utara London.



" Saya bangga mengatakan, di dalam karier
saya bersama Arsenal, saya tidak pernah 
kalah kepada Spurs "- Thierry Henry
.....................
.....................
Agaknya membacakan kata-kata Henry ini sudah cukup membuatkan peminat Spurs naik angin. Persengketaan Utara London ini sentiasa menghangatkan kalender BPL saban tahun. Kat Malaysia, rata-rata Gooners juga mula terkesan dengan rivalry Utara London ini. tapi ia tidaklah sehangat di Kota London kerana berapa kerat sangatlah peminat Spurs di Malaysia kan? (heh).

North london Derby ini tidaklah sebesar rivalry seperti Madrid vs Barca atau pun derby Milan dan Inter, tapi kalau korang perhatikan sejak 20 tahun kebelakangan ini, permusuhan 2 kelab ini semakin rancak. Permulaan persengketaan ini sebenarnya berpunca lebih 100 tahun yang lepas.


Stesyen Keretapi Gillespie Road
************************************
Arsenal asalnya adalah ditubuhkan pada tahun 1886 oleh sekumpulan pekerja kilang senjata (Royal Arsenal) yang berada di Selatan London. Pada awal penubuhannya, Arsenal adalah sebuah kelab kecil yang mengalami masalah kewangan. Pada tahun 1913 Henry Norris (Pengerusi Arsenal) ketika itu telah memutuskan untuk memindahkan Arsenal dari Woolwich ke Highbury kerana merasakan di Highbury akan dapat menarik peminat yang ramai ke stadium secara tak langsung menyelamatkan ekonomi Arsenal ketika itu. Ini permulaan rasa gelisah peminat Spurs.
Logo Woolwich Arsenal


Woolwich Arsenal

Highbury terletak sangat hampir dengan Stesyen keretapi Gillespie Road. Boleh dikatakan strategi yang bijak untuk menarik penonton ke stadium. Abang syak korang mesti tak pernah dengar nama Stesyen Keretapi Gillespie Road kan? Sebab stesyen itu dah bertukar nama kepada Stesyen Keretapi Bawah Tanah Arsenal ketika ini. Mungkin satu-satunya stesyen keretapi yang menggunakan nama kelab bola sepak di dunia ni. Oleh kerana tekanan demi tekanan oleh Pengurusi Arsenal ketika itu, Jawatankuasa keretapi London tunduk akan permintaan itu dan menukar namanya kepada Stesyen Keretapi Arsenal yang masih megah hingga kesaat abang tulis blog ni.

Pastinya Spurs tidak menyukai hal ini. Mereka menganggap Arsenal adalah pendatang. Sehingga kini peminat Spurs masih menyanyikan lagu "North London is ours, North london is ours, F*** off to Woolwich, North London is ours". Sehingga kini, kebanyakan penyokong Spurs masih mengatakan Stesyen Gillespie Road dan bukannya Stesyen Arsenal dan mereka tidak pernah berhenti memaksa pemerintah London mengubah kembali nama Stesyen Arsenal kepada Stesyen Gillespie Road kembali.

Satu-satunya nama Gillespie Road yang tinggal ditulis di atas dinding Stesyen Keretapi Arsenal


Asal-usul kebencian "pendatang" dengan "pendatang"
Pada awalnya, kebanyakan penyokong Spurs adalah Yahudi yang menetap di Utara London. Rata-rata penyokong Spurs tidak menyukai Arsenal kerana merasakan mereka adalah pendatang.Tetapi pada 1919, Arsenal memberi lebih banyak sebab untuk komuniti bangsa Yahudi ini marah.Pada 1919, Football League (First Division) kembali bersambung selepas Perang Dunia Pertama tercetus pada 1914.Sebelum musim 1919/1920 bermula, First Division mengambil keputusan untuk membesarkan liga daripada 20 pasukan kepada 22.Ini bermakna ada 2 kuota tambahan dalam First Division.Derby County dan Preston North End yang menduduki tangga pertama dan kedua Second Division dipromosikan secara automatik ke First Division.Chelsea yang menduduki tangga ke-19 First Division sepatutnya diturunkan ke Second Division. Tetapi jawatankuasa Football League membenarkan mereka mengambil 1 kuota tambahan untuk terus beraksi dalam First Division.1 lagi kuota perlu direbut secara undi antara:– Tottenham Hotspurs (tangga terakhir First Division)– Barnsley (tangga ke-3 Second Division)– Wolves (tangga ke-4 Second Division)– Nottingham Forest (tangga ke-18 Second Division)– Birmingham City (tangga ke-6 Second Division)– Hull City (tangga ke-7 Second Division)– dan Arsenal (tangga ke-5 Second Division)Undian ini dibuat oleh pengerusi-pengerusi kelab dalam Football League. Dan ia dimenangi oleh Arsenal dengan 18 undi. Tottenham Hotspurs hanya mendapat 8 undi.Lain-lain: Barnsley (5), Wolves (4), Nottingham Forest (3), Birmingham (2) dan Hull City (1).Selepas undian, khabar angin bertiup mengatakan pengerusi Arsenal, Henry Norris, telah merasuah pengerusi Football League dan Liverpool, John McKenna.Bagaimanapun tiada bukti konkrit berjaya dicungkil daripada tuduhan ini.Sejak itulah, penyokong Tottenham Hotspurs membenci Arsenal.


Eiii Yahudi


"Judas"
Ramai orang tahu Sol Campbell dan Adebayor adalah traitor kepada Spurs dan Arsenal. Tapi ramai tidak tahu, Lagenda Arsenal George Graham terlebih dahulu digelar "Judas" sebelum Sol Campbell lagi. Graham adalah pemain Arsenal sekitar 1966-1972 dan telah menjaringkan 60 gol bersama Arsenal. Pada Mei 1986 sehingga Februari 1995, Graham menjadi Pengurus Arsenal dan dia juga adalah antara Pengurus Arsenal yang berjaya apabila telah memenangi 2 trofi First Division, 2 League Cup, 1 Charity Shield, 1 FA Cup dan 1 UEFA Cup Winners Cup. Malangnya, setelah keluar dari Arsenal dia menjadi Pengurus Leeds United dan apabila dia keluar daripada Leeds pada Oktober 1998, dia menjadi Pengurus Spurs dan secara tak langsung menghangatkan lagi permusuhan 2 kelab Utara London ini.
Judas 1

 Perpindahan Sol Campbell ke dari Spurs ke Arsenal juga adalah antara moment kontroversi di persada bola sepak England dan Eropah. Boleh dikatakan perpindahan paling kontroversi di England. Seluruh dunia dikejutkan dan merasa pelik apabila kelibat Campbell ade bersama Wenger pada 1 sidang media pada tahun 2001. Kau tahu kan, jika kau seorang kapten dan kau berpindah ke salah satu kelab rival, kau pasti akan dimaki dan diberi gelaran yang buruk untuk itu. Contoh terdekat adalah Van Persie. Begitu juga yang dirasai penyokong Spurs ketika itu. Campbell adalah kapten Spurs sebelum menyertai Arsenal. Dia juga pernah mengungkapkan (dengan rekod) bahawa dia TIDAK AKAN MENYERTAI ARSENAL. Semuanya adalah dusta apabila Campbell menyertai Arsenal pada 2001. Lebih perit lagi, Campbell juga memenangi Trofi EPL Invincible pada tahun 2004 di hadapan penyokong Spurs di White Hart Lane.
Judas Everywhere




" St Totteringham's Day"

St Totteringham's Day adalah 1 perayaan menandakan Arsenal secara matematiknya sudah menamatkan liga di atas Spurs. Ia tidak mempunyai hari khusus, ia secara automatiknya menjadi St Totteringham's Day apabila Arsenal secara sah telah menamatkan liga di atas Spurs walaupun liga masih berjalan. St Totteringham's Day dipercayai tercetusnya pada tahun 2002 di blog Arseweb.com. Semenjak 1995, Spurs gagal menamatkan liga di atas Arsenal walaupun saban tahun mereka semakin kuat. Terima kasih Arsene Wenger.
Smart and simple


Walaupun Arsenal boleh dikatakan Raja Utara London, tapi kemajuan Spurs saban tahun tidak boleh dipandang rendah. Perseteruan 2 kelab Utara London ini sememangnya fight sehingga Wenger tiba dan mengubah Utara London ini sebagai jajahan Arsenal. Abang harap, Arsenal akan terus menjadi Raja untuk Utara London dan pecahkan dominasi Chelsea untuk menjadi Raja di Kota London. Sebelum Russian money tiba, London adalah Arsenal dan ia akan kekal dikenali sebagai Arsenal selamanya.

Kredit juga pada Semuanya Bola.
                                                                                                                #Komrad_Md
Nakal Walcott ni.